Friday, December 3, 2010

Keropok Lekor

Sebelum ni pernah dah cuba buat keropok lekor ni,4 ke 5 tahun yang lepas, tapi tak jadi. Lepas tu tak berniat nak cuba lagi. Baru2 ni encik suami kirim tepung sagu melalui kawannya yang kebetulan balik Terengganu . Dah tepung sagu tu pun duduk saja .... cuti2 sekolah ni banyak sikit masa lapang, hari tu pun x ada paper SPM ... cubalah membuatnya sekali lagi. Lagi pun cuti raya haji baru ni , masa Cikni balik kg, dah berguru dengan kakak ipar, inilah hasilnya. Apa yang Cikni boleh buat kesimpulan..... yang x jadi dulu tu, sebab Cikni blend ikan tu dengan air. Sepatutnya guna blender kering je.
  Inilah resepinya....  tapi cik ni buat tu x ikut sukatan. Main ikut rasa je. Tapi kebetulan hari tu masa balik ganu, terjumpalah resepi keropok lekor dalam satu risalah milik kerajaan negeri Terengganu....... ciloklah lah bawa balik.

Keropok Lekor

Bahan- bahannya
2 kg ikan selayang/ kembong/tamban
1 kg sagu
garam , serbuk perasa
Cara Membuatnya 
1 . Ikan dibersihkan. buang kepala, perut serta ekornya. Ambil isi sahaja, kemudian sukat. Setiap  2 mangkuk isi ikan gunakan 1 1/2 mangkuk sagu rumbia.
2.Kisar @ tumbuk isi ikan hingga hancur. Kemudian gaul bersama sagu, garam dam serbuk perasa hingga boleh digentel.
3. Ambil adunan anggaran segenggam, gentel bualt memanjang sambil taburkan sedikit sagu supaya tidak melekat.
4. Panaskan periuk dan masukkan keropok yang digentel, dan masaklah sehingga timbul.

* Ingat !! kalau blend, guna blender kering. 
*Lepas gentel tu, Cikni terus  goreng dalam minyak yang banyak. Orang kata lagi sedap dari rebus baru goreng. Sebenarnya, Rebus tu supaya tahan lebih lama.

Ini pula resepi colek keropok. Tapi Cikni guna yang segera je.

Colek Keropok

Bahan- bahan
1 cwn gula merah
3 sbcili kisar
2 cwn air
air asam jawa ikut rasa
belacan sebesr ibu jari
garam secukup rasa
Cara membuatnya
1. Masak gula merah dengan air hingga larut. Masukan air asam jawa yang sdh di ramas dengan belacan.
2. Masukkan cili, garam.... masak sampai coklat


 

No comments:

Post a Comment