Sunday, November 21, 2010

Pandan Slice Cheese Cake

Sebenarnya balik je drp kampung sempena menyambut hari raya aidil adha.... meninjau2  resepi yang tersimpan ....  emmmm geramnya nak mencuba resepi ni. Resepi ni dari rumah Ros- jintan manis. Memang suka mencuba dari rumah Ros, resepinya menjadi. Terima kasihlah ye....Inilah hasilnya. Untuk resepinya, copy& paste je dari  blog Ros jintan manis.

                         
Bahan-bahanye
4 keping slice cheese ( kt mesia cheese yang jenama kraft atau cheddar tu)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
80 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen pandan
beberapa titk pewarna hijau
1 sudu kecil serbuk koko
Cara-cara
1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar, kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

2. Masukkan butter serta separuh bahagian gula dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

3. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama baki gula hingga menjadi meringue.( meringue pastikan betul-betul kental, terbalikkan bowl dan meringue takkan jatuh)

4. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

5. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen pandan dan perwarna hijau, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. ambil dua sudu besar adunan dan masukkan serbuk koko, ketepikan, curah adunan hijau ke dalam acuan kek dan akhir sekali curahkan pulak adunan coklat di atas permukaan adunan hijau tadi, lorekkan dengan garpu atau lidi.

6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek bulat atau petak berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk dapatkan tekstur kek yang tidak terlalu kering.

* Rupa2 nya kek ini tidaklah berapa manis. OKlah kena dengan tekak ni. Kalau nak manis tambahlah sedikit gula lagi dalam resepi tu ye,




 Semalam buat nasi minyak dan daging beriani buah tamar. Maklumlah , daging korban ada lagi dalam simpanan….  Resepi daging tu ambil dari blog Ros jintan Manis. Memang best… sesuai sgt dimakan dengan nasi minyak. tp x sempat nak ambil gambar….. cerita ajelah kat sini. resepi pun tak diletakkan kat sini, sbb gambar x ada. next time lah yeee. klau nk resepi tu pi la lawat blog Ros -jintan manis.
Alkisahnya 2- 3 hari ni asyik makan daging je….. makin berlemak2 lah badan ni.  Konon2 malam nak kontrollah makan, cubalah ambil oat. emmm payah sungguh nak telan. Dah telan nak trkeluar plk. Dapatlah satu idea nak menyedapkan oat  ni. macammana ??? kenalah turun dapur juga, buat lauk... makan dengan oat.  Resepi ni drpd tengok mak masak, balik kg hari tu. Lepas tu,, laju aje makan dengan oat ni. Cubalah ….. memang mengancam. Makin pedas makin kawwwww………….

Sambal Bilis Cili Api

Segenggam Ikan bilis
Segenggam cili api ( kalau nk pedas, tambahkan cili lg )
5 biji Bawang merah
2 bj bawang putih
sedikit garam
minyak
belimbing buluh ( kalau ada )
Cara- cara
Tumbuk kasar semua bahan diatas, kecuali minyak. Goreng garing.  Bolehlah dimakan dengan oat.
*Kalau guna blender kering pun boleh.

No comments:

Post a Comment