Pagi lagi dah bangun, menyiapkan pakaian kakak ana , anas dan ayahnya untuk majlis Ihtifal di CIAST Shah Alam. Hari ni kakak ana dapat sijil dan ada sedikit persembahan dari mereka. Majlis berakhir lbh kurang pukul 12 lebih, kakak ana dan anas mengikut ayahnya pergi makan dan terus pulang ke rumah.
Manakala aku , Kak Shima dan Kak fizah meneruskan perjalanan kami untuk menghadiri Jamuan akhir tahun sekolah kami, yang diadakan di De Palma Shah Alam. Dekat2 rupanya CIAST dan De Palma ni. Senanglah nak cari. Oleh kerana kami datang awal sikit, majlis pula mula pukul 2 ptg. Apalagi... x ada kerja , ambilah gambar2 makanan yang dihidangkan.. buat jamu mata. Next time, bole tiru decoration diaorang kan. Memang meriah. Emmm. .. Perut memang tgh lapar, x makan dari pagi lagi. Saje... nak simpan ruang untuk perut nie. Baru ada nikmat makan. Oklah, not bad makan kat sana. Alhamdulillah .....dapat 2 kali cabutan bertuah .Majlis berakhir pukul 6 lbh. So, satu hari lah aku berada di Shah Alam nie.
Sampai rumah pukul 7..... mata pun dah meragam je, Pukul 9 .... tido
No comments:
Post a Comment