Sunday, November 21, 2010

Pandan Slice Cheese Cake

Sebenarnya balik je drp kampung sempena menyambut hari raya aidil adha.... meninjau2  resepi yang tersimpan ....  emmmm geramnya nak mencuba resepi ni. Resepi ni dari rumah Ros- jintan manis. Memang suka mencuba dari rumah Ros, resepinya menjadi. Terima kasihlah ye....Inilah hasilnya. Untuk resepinya, copy& paste je dari  blog Ros jintan manis.

                         
Bahan-bahanye
4 keping slice cheese ( kt mesia cheese yang jenama kraft atau cheddar tu)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
80 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen pandan
beberapa titk pewarna hijau
1 sudu kecil serbuk koko
Cara-cara
1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar, kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

2. Masukkan butter serta separuh bahagian gula dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

3. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama baki gula hingga menjadi meringue.( meringue pastikan betul-betul kental, terbalikkan bowl dan meringue takkan jatuh)

4. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

5. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen pandan dan perwarna hijau, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. ambil dua sudu besar adunan dan masukkan serbuk koko, ketepikan, curah adunan hijau ke dalam acuan kek dan akhir sekali curahkan pulak adunan coklat di atas permukaan adunan hijau tadi, lorekkan dengan garpu atau lidi.

6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek bulat atau petak berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk dapatkan tekstur kek yang tidak terlalu kering.

* Rupa2 nya kek ini tidaklah berapa manis. OKlah kena dengan tekak ni. Kalau nak manis tambahlah sedikit gula lagi dalam resepi tu ye,




 Semalam buat nasi minyak dan daging beriani buah tamar. Maklumlah , daging korban ada lagi dalam simpanan….  Resepi daging tu ambil dari blog Ros jintan Manis. Memang best… sesuai sgt dimakan dengan nasi minyak. tp x sempat nak ambil gambar….. cerita ajelah kat sini. resepi pun tak diletakkan kat sini, sbb gambar x ada. next time lah yeee. klau nk resepi tu pi la lawat blog Ros -jintan manis.
Alkisahnya 2- 3 hari ni asyik makan daging je….. makin berlemak2 lah badan ni.  Konon2 malam nak kontrollah makan, cubalah ambil oat. emmm payah sungguh nak telan. Dah telan nak trkeluar plk. Dapatlah satu idea nak menyedapkan oat  ni. macammana ??? kenalah turun dapur juga, buat lauk... makan dengan oat.  Resepi ni drpd tengok mak masak, balik kg hari tu. Lepas tu,, laju aje makan dengan oat ni. Cubalah ….. memang mengancam. Makin pedas makin kawwwww………….

Sambal Bilis Cili Api

Segenggam Ikan bilis
Segenggam cili api ( kalau nk pedas, tambahkan cili lg )
5 biji Bawang merah
2 bj bawang putih
sedikit garam
minyak
belimbing buluh ( kalau ada )
Cara- cara
Tumbuk kasar semua bahan diatas, kecuali minyak. Goreng garing.  Bolehlah dimakan dengan oat.
*Kalau guna blender kering pun boleh.

Saturday, November 13, 2010

Majlis Ihtifal Little Caliphs & Jamuan Akhir Tahun SMKSU 2010



Pagi lagi dah bangun, menyiapkan pakaian kakak ana , anas dan ayahnya untuk majlis Ihtifal di CIAST Shah Alam. Hari ni kakak ana dapat sijil dan ada sedikit persembahan dari mereka. Majlis berakhir lbh kurang pukul 12 lebih, kakak ana dan anas mengikut ayahnya pergi makan dan terus pulang ke rumah.
      Manakala aku , Kak Shima dan Kak fizah meneruskan perjalanan kami untuk menghadiri Jamuan akhir tahun sekolah kami, yang diadakan di De Palma Shah Alam. Dekat2 rupanya CIAST dan De Palma ni. Senanglah nak cari. Oleh kerana kami datang awal sikit, majlis  pula mula pukul 2 ptg. Apalagi... x ada kerja , ambilah gambar2 makanan yang dihidangkan.. buat jamu mata. Next time, bole tiru decoration diaorang kan. Memang meriah. Emmm. ..  Perut memang tgh lapar, x makan dari pagi lagi. Saje... nak simpan ruang untuk perut nie. Baru ada nikmat makan. Oklah,  not bad makan kat sana. Alhamdulillah .....dapat  2 kali cabutan bertuah .Majlis berakhir pukul 6 lbh. So, satu hari lah aku berada di Shah Alam nie.

Sampai rumah pukul 7..... mata pun dah meragam je, Pukul 9 .... tido


Minggu lepas balik kampung , mak bekalkan pisang. Dah masak ranum nampaknya..... ingatkan nak cuba buat lepat pisang ke, kek pisang ke ? siap bawa balik daun pisang..... last 2 buat cekodok je. Cekodok pun cekodoklah..... asalkan tak buang macam tu jer. Semalam x berapa sihat, dapat mc. sementara nak ambil anak balik dari tadika..... buatlah cekodok ni dan tea o panas............. buat minum petang.  Ada baki lagi separuh , masuk peti ais dan malam tadi goreng lagi. Emm....x taulah bab cekodok nie, fail sikit . Tapi..... Walaupun cekodok ini hitam rasanya tetap sedap tau.....  Rangup di luar dan lembut di dalamnya. Minum plk dengan tea o panas..... memang sesuai!!!!!!!
  Rasanya semua dah tau masak cekodok pisang, bahan2 nya pun biasa campak2 je kan. 

Friday, November 12, 2010

Rare Cheese Cake




Percubaan pertama buat cheese cake. Cheese dalam peti tu dah nak expired, cari- cari resepi jumpa yang ini dan berkenan pulak.... macam best je. Kena cuba ni..... cedok dari blog sape ye???  tak ingat pulak dari blog yang mana satu. tp kalau tak silap resepi yang asal dari dapur kak zai.  adunan cheesenya sebelum dimasukkan kedalam peti ais macam kurang menjadi sedikit, agak kental. Rasanyalah......Sepatutnya kena cair sedikit, barulah cantik   apabila dimasukkan ke dalam loyang nanti. walaubagaimana pun rasanya memang sedap... Anak- anak tak berapa makan, so bawa ke sekolah ... jamu rakan- rakan. sekejap je habis. Yang hijau atas tu.. pandai 2 je hias sendiri.... emm  bolehlah. Terima kasih kepada kak Zai yang menyumbangkan resepi ini . Next time mesti cuba lagi..........
Jika sesiapa ingin mencuba, ini resepinya
  







Rare Cheese Cake
Bahan-bahan ( 18cm )
Bahan-bahan A:
250 gm biskut marie
125 gm mentega dicairkan

Bahan B
250g cream cheese
30 g gula halus
40 ml lemon jus
200 g vanilla aiskrim

Bahan C
15 g gelatin halal/halalgel 20gm/bgks
100 ml air panas

Bahan D
*2 biji epal merah /hijau
*50g gula
*3 sudu besar lemon jus

Cara-cara
1. Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil. Masukkan semua yang bertanda(*) ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
 

2. Kisar biskut sehingga hancur dan gaulkan dengan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam springform pan, tekan biar padat-padat. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
 

3. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi bentuk cream.
 

4. Masukkan pula aiskrim dan lemon jus. Kacau biar semuanya bercampur.

5. Campurkan gelatin dengan air panas , kacau hingga larut dan masukan ke dlm adunan cheese n kacau sebati.

6. masukkan epal, kacau rata n tuangkan adunan ke dalam aduan biskut. Simpan dalam peti sejuk.